Welcome

Welcome

Wednesday, June 18, 2014

Hukum Memakai Cincin Suasa Bagi Lelaki

Salam..
untuk bakal2 pengantin LELAKI.. yang tengah2 survey cincin kahwin.. ni ada sikit info..
Untuk pengetahuan korang, lelaki HARAM memakai cincin suasa.. So, sape2 yang ade terniat nk pakai, nk beli, batalkan niat korang... beli yang perak...

kenapa haram? Sebab cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak. Oleh kerana cincin suasa campuran emas lebih daripada perak maka ia dihukumkan emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki. Dimana kadar dan peratusnya,

1.Tembaga 70%
2. Emas 20%
3. Perak 10%

ok, ni ade penjelasan yang ika dapat hasil pencarian di MR. Google..

1.JAWAPAN DARI JAKIM

Soalan :
Assalamualaikum WBTH.
Tuan Panel, saya ingin mengetahui apakah hukumnya lelaki memakai cincin suasa yang bertatahkan berlian. Saya bercadang membelinya untuk perkahwinan saya. Saya keliru sebab ada yang mengatakan boleh dan tidak kurang juga mengatakan haram. Jika ianya haram apakah alternatifnya. Mohon penjelasan para panel yang budiman. Sekian, terima kasih..

Jawapan :
Memakai cincin menurut sunnah yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud:

"Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas".

Cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak. Oleh kerana cincin suasa campuran emas lebih daripada perak maka ia dihukumkan emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki.

Menurut laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31 pada 2-4 Oktober 2000mengenai hukum memakai suasa bagi lelaki adalah HARAM.

Panel menasihati agar pengantin lelaki memakai cincin perak atau platinum.

Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.

2. JAWAPAN DARI UST. AZHAR IDRUS(ustazazhar.com)

SOALAN:
Assalamualaikum.. Apa hukum org lelaki memakai cincin suasa? Ada pendapat mengatakan haram. minta penjelasan dari ustaz.

JAWAPAN:
Waalaikumussalam.. Apa yang saya ketahui hukum memakai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain. Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih seklipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.

Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:
"Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samdaa emasnya sedikit atau banyak."

Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :
"Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya."

Rujukan:
Kitab Fatwa Syeikh Abd Qadir , Fatawa Mufti Negeri Johor dan Pelita Penuntut.

3.Fatwa Daripada Kerajaan Brunei Darussalam

#Barang-barang kemas daripada emas suasa#

Emas suasa ialah pancalogam atau campuran daripada emas dan tembaga.

Barang-barang kemas yang diperbuat daripada emas suasa, seperti cincin, gelang, kalung dan sebagainya adalah termasuk di antara barang-barang yang diharamkan bagi kaum laki-laki memakainya, kerana perhiasan emas yang diharamkan itu tidak kira sama ada ianya terdiri daripada emas semata-mata (tidak bercampur dengan benda yang lain) ataupun sebahagiannya daripada emas dan sebahagian lagi daripada benda yang lain (bercampur). Sedangkan zat emas itu terdapat pada emas suasa. Di samping itu, terdapat unsur bermegah-megah dan membanggakan diri dengan memakai emas suasa itu. (Tuhfah 1/118-119, Al-Raniri, Sirat al-Mustaqim m.s. 25, Fatwa siri 4/86)

Al-‘Allamah asy-Syeikh Nuuruddin Muhammad Jilani ar-Raniri di dalam kitabnya Sirat al-Mustaqim menjelaskan: “Dan demikian lagi, haram memakai suasa…..”(M.s. 25)

Allahyarham Yang Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Awang Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz pernah ditanya mengenai hukum orang laki-laki memakai rantai leher, gelang tangan, cincin yang dibuat daripada suasa. Beliau menjelaskan:

“Haram di atas laki-laki memakai barang-barang kemas dari emas seperti cincin dan juga dari suasa, kerana suasa itu suatu logam yang terjadi dari emas dan suasa. Berkata al-Imam an-Nawawi dalam Minhaj: “Halal digunakan tiap-tiap bejana yang suci, melainkan bejana yang diperbuat dari emas atau perak adalah haram digunakan.”

Kata al-Imam Ibnu Hajar lepas matn al-Minhaj ini: “Semuanya atau setengahnya dari salah satu dari keduanya (emas dan perak) atau dari keduanya.”

Berkata al-Imam Ibnu Hajar, sebab diharamkan ialah kerana ‘ain (emas ada pada suasa itu), dengan syarat ada khuyala’ iaitu bermegah-megah dan membesarkan diri dengan memakai suasa itu.

Berkata ulama: “Kerana warna yang ada pada suasa itu warna kuning, sekalipun sedikit pada pandangannya, tetapi warna kuning itu tiada sepenuhnya bahkan warna kuning bercampur dan bersulam dengan warna merah dan ada khuyala’ pada memakai suasa seperti ada khuyala’ pada memakai emas.”

Oleh yang demikian memakai cincin dari suasa adalah haram, apatah lagi kalau cincin itu dibuat dengan semata-mata emas.” (Fatwa siri 4/86)

4. JAWAPAN DARI JABATAN MUFTI KEDAH

Soalan:
Apakah hukum memakai cincin suasa?

Jawapan:
Menurut kenyataan dan perakuan daripada tukang-tukang emas beragama Islam yang ada kepercayaan dan mempunyai pengalaman dan pengetahuan terhadap jenis-jenis logam yang diperbuat hiasan adalah suasa itu sejenis logam yang diadun dari berbagai-bagai logam menurut kadar dan peratus yang tertentu iaitu:

1. Tembaga 70%
2. Emas 20%
3. Perak 10%

Logam ini setelah diadun dan dicampur dengan cara-cara yang tertentu akan beroleh menjadi sejenis logam yang dikenali sekarang ini sebagai suasa dan suasa ini menurut perakuan dari tukang-tukang emas tersebut apabila dilebur kali pertama maka unsur-unsur emas di dalamnya tiada dapat dikesan lagi dan apabila dilebur pada kali kedua akan berubah menjadi tembaga.

Menurut pendapat fuqaha’ adalah halal bagi lelaki memakai cincin daripada logam yang " مموه" iaitu yang bersadur atau bercampur dengan emas yang sekiranya dileburkan emas itu tiada dapat dikesan lagi dan jika dapat dikesan halal bagi orang-orang perempuan sahaja iaitu tertentu pada barang-barang hiasan mereka tiada pada barang-barang lain, walaubagaimana pun perbuatan menyadur atau mencampur itu adalah haram sekalipun bagi perhiasan-hiasan perempuan kerana terdapat padanya pembaziran.

Rujuk nas Tuhfah Muhtaj Bi Syarh Al-Manhaj juzuk 1 hlmn 122.

Negara asal : Malaysia
Negeri : Kedah
Badan yang mengisu fatwa :Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
Penulis/Ulama : Mufti Kerajaan Negeri Kedah

WALLAHUA'LAM




p/s : http://ustaznaim.blogspot.com/2010/02/hukum-lelaki-memakai-cincin-suasa.html


Wudhu' tanpa tanggalkan Make Up ~ Sah @ Tidak?

Salam... 
untuk tajuk enrty kali ni ramai yang was2 kan.. sah ke x bila kite ambik wudhu' tanpa tanggalkan mekap..

Solat ngan muka bermekap tak salah... tapi kena ambil wudhu' dulu baru bermekap..Ok? yang tu xsalah.. hehe.. Sah solat.. Yang salahnya bila muka penuh ngan mekap, pastu terus pegi ambik wudhu' tanpa tanggalkan dulu mekap tu.. yang ni TAK SAH solat! Take note ya...

Tapi... ramai yang ambik ringan pasal masalah ni.. ade gak yang cakap, leceh laa.. nk tanggalkan pastu nk kena make up balik... dh lah nk boleh duduk depan cermin lam surau tu kena berebut2.. *ape susahkan, lam handbag tu bawak la cermin yg kecik tu.. xsampai 1kg pn cermin tu...  

Cam contoh, lipstick tu diperbuat daripada kelapa sawit, pastu pakai foundation tebal ,maskara n eyeliner yang waterproof.. dah sah2 laa air xsampai kt kulit..

Bila air tak sampai ke kulit maknanya wudhu' TAK SAH.. bila wudhu' tak sah maknanya SOLAT pun TAK SAH!!! 

Subhanallah.. 






Thursday, March 6, 2014

Kenapa Pakej Fotografi MAHAL??

Pernah tak kamu terfikir berapakah keuntungan seorang photographer? Pernahkah kamu terfikir apakah mereka benar2 mengaut keuntungan hasil dari gambar-gambar yang mereka ambil? Berbaloikah dengan apa yang kamu bayar terhadap photographer yang kamu pilih utk perkahwinan kamu?

Jom kita tgk apakah benar photographer2 ini benar2 mengenakan harga yang mahal atau tidak.. Saya mmg sgt pandai dalam matematik, saya akan tolong kirakan utk kamu..

Katakanlah photographer yang kamu pilih mengenakan charged RM1500 kepada kamu dengan package “terbaik dan termurah” iaitu dengan memberikan:

1. Custom album 8×12 cristal laminated bernilai RM300
2. Sticky album berserta 100pcs 4R fully edit picture bernilai RM100
3. Frame 8R bernilai RM20
4. Unlimited shoot and burn in DVD biasanya 300 gambar
Totalnya adalah RM420

Itu belum lagi campur:
1. Duit bil tepon utk telefon pengantin bernilai RM10
2. Duit bayar back up photographer bernilai RM200
3. Duit minyak pergi ke rumah pengantin, pergi hantar custom album utk print bernilai RM50
So, nilai modal setakat ini ialah RM420+RM260=RM680

Biasanya, photographer yang mengambil upah sehingga RM1500 mempunyai gadget kamera seperti
1. D700 beernilai RM6100
2. 14-24mm bernilai RM5820
3. 24-70mm bernilai RM5760
4. 70-200mm bernilai RM6950
5. Flash SB910 bernilai RM1650
Total gadget ialah RM26280.

Tahukah kamu, setiap petikan pada DSLR adalah bernilai kerana DSLR D700 hanya mampu mengambil gambar sebanyak 150,000 keping sahaja. Maka selepas itu, photographer terpaksa menukar shutter system yang bernilai RM1400. Maka, jika dikira dalam matematik, setiap kali photographer memetik shutter, nilai sekeping gambar ialah 1 sen. 1 sen jer pun, bukan mahal sgt, tapi, photographer tak pernah pun terfikir nak simpan duit utk menukar shutter system, bila tiba waktunya, mmg “sakit” jugak nak keluarkan duit sebanyak RM1400.

So, RM1500- RM660=RM840… so, keuntungan photographer tersebut ialah RM840. 

Memang banyak untung kan? RM840 dalam sehari. Tapi kamu silap, selepas sahaja photographer ambil gambar kamu, kebiasaannya, photographer memerlukan 3 minggu bersamaan 21 hari utk edit gambar kamu. So, RM840 bahagikan dengan 21 hari, nilai keuntungan photographer tersebut cuma RM40 sehari. Berbaloikah?

Jadi, photographer tersebut memerlukan 657 hari untuk mendapatkan kembali modal gadget yang bernilai RM26280. 657 hari? Berbaloikah?

Itu pun kalau photographer tersebut sentiasa dapat “job”. Apakah kamu fikir perkahwinan berlaku setiap hari? Nak harapkan job byk pun perlu tunggu cuti sekolah. Itu pun belum tentu dapat, persaingan kini sangatlah hebat. Terlalu ramai photographer2 kini berlumba2 mendapatkan job..

Pernahkah kamu terfikir kesibukan seorang photographer?
Biasanya, photographer sudah mempunyai pekerjaan tetap yang bekerja dari Isnin sampai Jumaat. Apabila menjadi photographer, masa yang sepatutnya diluangkan utk bersama anak isteri pada hari Sabtu dan ahad, kini terpaksa dikorbankan hanya utk jadi photographer yang hanya bernilai RM40 sehari? Berbaloikah?

Tahukah kamu utk meng”edit” gambar memerlukan mood? Dan biasanya mood itu akan datang pada waktu malam. Dan photographer sekali lagi terpaksa korbankan waktu tidurnya setiap malam hanya utk berikan gambar “terbaik” utk kamu abadikan “seumur hidup” sedangkan kamu tidak “membayar” dengan nilai sepatutnya.

Maka, jika kamu rasa nilai RM1500 itu sangat mahal bagi kamu, fikirkanlah “pengorbanan” photographer yang bersusah payah bersengkang mata hingga sanggup melupakan keakraban antara anak isteri mereka pada setiap malam malah di hujung minggu hanya utk memastikan setiap gambar yang diambil mampu menjadi kenangan utk kamu “sepanjang hayat”...


Walaupun Copypaste tapi untuk renungan bersama.. Kepada yang suka merungut pakej photography mahal, cuba fikir dan renung sejenak... berbaloikah bayaran anda dengan usaha kami untuk mengabdikan kenangan anda sehingga akhir hayat...