Welcome

Welcome

Monday, December 2, 2013

Mini Calendar/ kalendar poket/ doorgift

Salam..
thanks pada sume yg tempah mini calendar ngan ika.. :)






mini calendar from fieyza.. 02/02/2014


mini calendar from ieyra.. 


mini calendar from cikgu azam.. 



Monday, October 21, 2013

Mini Calendar

Salam...
Jom tempah mini calendar~ hehe.. 


 my business card :) akhirnya, dapat jua ku miliki :)



tempahan mini calendar 600pcs.. oleh fatin dr banting... thanks awak :)


Saturday, October 5, 2013

"Jika Aku Adalah Tulang Rusukmu"

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

"JIKA AKU ADALAH TULANG RUSUKMU"

Aku berharap...
Jika nanti Allah mempertemukan kita.
Kau akan selalu membimbingku,,
Agar aku menjadi Isteri Sholehah.
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di surga.
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat.

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anak2ku..
Jadilah ayah yang bisa mendidik anak kita,
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat.
Yaitu anak yang soleh dan solehah..
Yang bisa menjunjung tinggi Agama Allah..

Andai engkau ditakdirkan untukku..
Kuharap kau bisa menjadi imam buatku dan anak2ku.
Kau bisa menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita.
Kau bisa mencintai aku apa adanya.
Dan bisa menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan.

Dan andai aku salah,,
Tegurlah aku dengan kata2mu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan.
Andai aku marah,,
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu..
Agar marahku bisa berubah menjadi kelembutan..

Andai aku lupa..
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang..
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak2 kita..

Kerana....
Aku hanya mengharapkan Imam yang baik dalam rumah tanggaku.
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhai_Nya.
Jalan yang menuju surga_Nya bersama dirimu.

Aamiin...






Monday, April 8, 2013

22 Adab dan Petua Membaca al-Quran






Ketika membaca al-Quran, seorang Muslim perlu memperhatikan adab berikut untuk mendapatkan kesempurnaan pahala dalam membacanya. Membaca Qur’an seharusnya sudah menjadi agenda harian kita. Dengan rutin membaca, maka kita akan dimudahkan melangkah ke tahap selanjutnya yaitu, berusaha mengerti dan memahami makna dari yang rutin kita baca tersebut.
Kita usahakan program rutin membaca Alquran menjadi bagian dari kebutuhan hidup kita, sebagaimana makan dan minum. Agar Al-Qur’an memberi bekas ke dalam hati, ada adab-adab yang perlu Anda perhatikan saat membacanya.

Berikut adalah adab membaca al-Quran dari kitab At-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran oleh al-Imam an-Nawawi yang saya dapat senaraikan kepada 22 perkara, iaitu :
Berniat ikhlas kerana Allah SWT.

Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran.

Membaca dalam keadaan berwuduk.

Mengadap ke arah kiblat.

Memulakan dengan at-Ta’awwuz.

Membaca al-Quran dari Mushaf lebih utama dari membaca tanpa melihat. Walaupun begitu bagi yang ingin menghafaznya, diharuskan membaca dari hafazan tanpa melihat.

Membaca dengan suara yang merdu dan kuat agar dapat dihayati oleh diri sendiri dan orang lain. Al-Imam al-Ghazali ada menyatakan, jika kita bimbang akan timbul riak iaitu ingin menunjuk-nunjuk, maka membaca secara perlahan itu lebih utama. Sebaliknya jika dapat menjaga daripada timbulnya penyakit berkenaan, maka digalakkan membaca dengan suara yang nyaring – Ihya’ Ulumiddin.

Membaca dengan perhatian dan memahami ayat-ayat yang dibacakan.

Membaca dengan tadabbur dan menangis. Antara adab-adab tadabbur itu ialah memperlahankan suara apabila sampai pada ayat yang menyentuh mengenai sifat Allah SWT menurut tafsiran orang kafir. Sebagai contoh orang Yahudi mengatakan Nabi Uzair anak Allah SWT seperti yang disebutkan Allah dalam surah at-Taubah ayat 30. Contoh yang lain ialah persepsi mereka bahawa Allah SWT tidak berkuasa mengurniakan rezeki kepada hamba-Nya seperti yang difirmankan dalam ayat 64 surah al-Maidah.

Memuliakan al-Quran. Kita dilarang membaca al-Quran sambil ketawa ataupun sambil berbual melainkan mengenai sesuatu yang amat penting.

Membaca ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al-Quran, yang dulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.

Beramal dengan ajaran al-Quran itu.

Sentiasa membaca al-Quran terutama pada waktu pagi kerana Nabi SAW mendoakan keberkatan waktu itu. Diriwayatkan dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca 10 ayat, maka dia tidak akan tergolong dari kalangan orang yang lalai.” – (2085, hadis sahih mengikut syarat Muslim)

Berusaha menghafaz ayat al-Quran dan mengulang-ulang ayat itu supaya sentiasa mengingatinya.

Meletakkan sasaran untuk mengkhatamkan al-Quran itu.

Memanjatkan doa sebaik tamat membaca al-Quran kerana waktu itu adalah antara waktu mustajab doa.

Dilarang membaca al-Quran di tempat yang tidak sewajarnya seperti di dalam tandas.

Mengucup al-Quran kerana dikiaskan dengan mengucup Hajar al-Aswad kerana ia juga hadiah kepada Allah SWT.

Mewangikan al-Quran sebagaimana meletakkan wangian pada Hajar al-Aswad.

Meletakkan al-Quran di tempat yang tinggi.

Berusaha untuk menghayati isi kandungan al-Quran hingga membawa ke peringkat menangis atau menitiskan air mata.

Tidak memberi salam kepada seseorang yang sedang membaca al-Quran.

Sunday, March 24, 2013

Sifat dan Perangai Anak Kedua :)

Assalamualaikum.. Bismillahirahmanirrahim... :)

Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini mempunyai karakter mereka masing-masing. Tetapi tahukah anda anak kedua ini merupakan seorang yang unik dan sukar difahami perangainya. *Lecturer ika pn ade cakap yang anak kedua ni, mesti perangai dia pelik.. hihi.. so, ika pn anak kedua.. dan memang xdapat dinafikan la.. :)

Jom, baca ciri2 anak kedua yang ika dapat dari hasil pencarian di Mr Google..

Positif
- fleksibel
- pandai bawa diri
- lebih berdikari
- kepercayaan dan keyakinan yang tinggi
- boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi
- pentingkan kekeluargaan
- bertanggungjawab

Neutral
- perangai unik/pelik dari adik beradik lain
- boleh baca emosi/perangai/keadaan seseorang
- survivor

Negatif
- mudah/cepat terasa/sensitif
- rasa tersisih dan terabai
- mudah mengalah
- degil/keras kepala tapi masih terkawal
- suka buli adik lebih kecil
- pendiam
- lebih suka buat kerja sendiri dari berkumpulan
- suka pendam perasaan
- sukar untuk difahami
- suka menyendiri
- pentingkan orang lain dari diri sendiri
- suka tarik perhatian

Then, yang ni yang kedua... Jom baca...

ANAK MANJA IBU
sebab apa2pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. apa sikit ibu!! *yang ni pelik sikit.kalau dia lelaki mungkin betul.kalau perempuan.err

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia ajer yg betul..dlm ramai2 adik beradik dia ajer yg KETEGANG .. kemahuan dia kuat.. kalau buat sesuatu sungguh2… kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan..* jangan pujuk.memang tak jalan

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak pujuk makwe / pakwe dia.. *jangan berharap..sebab takkan dapat

BERCINTA
Tak digoyahkan anak no 2 juga …. dia kalau bercinta, sangat setia…sanggup berkorban *no komen

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam2 hitamlah kalau putih …. putihlah ….degil tak boleh toleransi *ada juga part toleransi.bukan takde langsung.tapi tipis la....

HATI
No 2 ni juga nampak ajer keras…tp hati dia lembut juga….SATU lagi peel dia…dia tak boleh ditegur….kalau kita tegur dia mesti tarik muka* perfect!

BERDIKARI
very independent..mmg betul..tp kalau terlebih indepent pun payah…..TP mudah bergaul..campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan..very take care of her brother and all stuff belonging family.( sebab terlalu ambil berat pun menyampah…semua adik2 kena control kena report kat diorang ) *selalunya buat tak tahu. lebih selesa menunggu mereka yang bukak cerita

ARAHAN
anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan….dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata..tak boleh kerja ngan org…ramai anak no 2 ni keje sendiri *perfect!

PEMAAF & caring
tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring…TAPI awas jgn bg diorg marah….kalau depa marah faham sajer lah*perfect!

PAKAIAN
Nak ajer up to date…semua nak kemas. *tak jugak!ahaha

sedikit tambahan. anak kedua, walaupun keras kepala tapi dia akan selalu banyak berkorban. hadapi pengabaian ibubapa yang selalu menganggap mereka kuat. mereka juga sering memikul tanggungjawab anak sulung, dan menjadi penasihat utama. ada ruang dihati, yang siapa pun susah untuk fahami... :)

p/s : http://redskyim.blogspot.com/2010/11/anak-kedua-ni-unik-setuju-atau-tidak.html
     : http://missfatihah.blogspot.com/2011/05/sifat-anak-kedua.html

10 Nasihat Untuk Menjadi Isteri Solehah

Assalamualaikum.. Bismillahirahmanirrahim... :)

HATI ibu mana yang tidak gembira tatkala anak gadisnya dipinang orang. Sukanya hati bukan kepalang lalu pelbagai langkah bersiap untuk melangsungkan pernikahan dijalankan menurut tertib dan adat.

Biasanya ibu dan ayah akan bertungkus-lumus berusaha menjadikan majlis akad nikah puteri kesayangannya dengan penuh komitmen supaya meriah dan ceria.
Adalah wajar ibu bapa pengantin wanita memberikan petua dan nasihat buat anaknya yang bakal melangsungkan pernikahannya. Nasihat supaya anak memelihara dan menjaga alam rumah tangganya sebaik yang terdaya.

Inilah yang pernah dilakukan isteri ‘Auf ibnu Mihlam Asy-Syaibani yang dikatakan ada memberi nasihat kepada puterinya yang akan bernikah dengan Raja Kindah. Pesan isteri ‘Auf Ibnu Mihlam Asy-Syaibani: “Puteriku, kini engkau meninggalkan tempat kelahiran menuju rumah baru dan orang baru yang belum pernah engkau ketahui keadaan dan wataknya. Maka, jadilah engkau sebagai pengabdi yang baik bagi suamimu, supaya dia menjadi pengabdi yang baik juga bagimu. Perhatikan baik-baik sepuluh perkara daripadaku supaya ia menjadi modal bagi hidupmu.”

Begitulah kasihnya isteri ‘Auf terhadap anak gadisnya, tetapi kasihnya itu bukan mengadakan majlis besar-besaran dan serba mewah, kasih sayang dizahirkan melalui kaedah menyalurkan nasihat berguna buat anaknya melayari alam rumah tangga supaya aman sejahtera dan bahagia.

Pesanan pertama kepada anaknya: “Jadilah engkau sebagai pendamping hidupnya yang selalu menerima apa adanya. Sebenarnya nasihat isteri ‘Auf itu bertepatan kehendak agama kerana sikap qanaah, bersedia dengan hati lapang terhadap kemampuan suami, menu keharmonian rumah tangga”. Erti kata lain, isteri tidak sesekali membebankan suami yang di luar batas kemampuannya. Inilah seharusnya ada pada diri seorang isteri solehah.

Seterusnya pesanan kedua beliau: “Bergaullah engkau bersama suamimu dengan cara mendengar dan mentaatinya.” Seorang Ulama’ pernah mengatakan: “Seseorang isteri itu hendaklah memberikan layanan pada suaminya, memelihara anak, mengatur urusan rumah tangga sebaik mungkin. Hendaklah dia memberikan layanan pada suami dengan layanan yang wajar dan sesuai keadaan.”

Isteri ‘Auf berkata lagi: “Tunjukkanlah dirimu di hadapan matanya sebagai seseorang yang paling menarik baginya dan tampilkan dirimu di hadapan hidungnya sebagai seseorang yang paling harum.” Kebijaksanaan dan kesediaan isteri menonjolkan imej peribadi dalam aspek lahiriah dan dalaman mampu mewujudkan hubungan lebih intim pasangan suami isteri. Ia ibarat suatu tembok pengukuh dalam membina keluarga bahagia melalui landasan diredai Allah.

Beliau juga berpesan supaya memperhatikan penjadualan waktu makan yang betul dan tepat serta menjaga ketenteraman masa tidur. Jadi, jika diteliti apa dipesan isteri ‘Auf kepada anak gadisnya, sesuai dan relevan dijadikan sebagai pedoman kita semua.



P/s: http://www.myberita.com/10-nasihat-untuk-menjadi-isteri-solehah/

Assigment Oh Assigment :)

Assalamualaikum :)

Em sekarang ni ngah study week bagi kami student diploma UiTM.. hihi.. tapi macam biasa laa, macam sem lepas juga... kami budak Art & Design kena bercengkang mata untuk menyiapkan projek final kiteorang yg berbukit-bukit lagi.. *bila la nak siap..da xlarat ni....huhu.. dan menahan rasa iri hati kami bila tengok budak-budak kos lain balik umah diorang.. siyesss! jeles sesangat... huhu..*umi, nak balik....... :( :(

kadang-kadang ika rasa macam nk pergi tampal je mulut-mulut budak2 yang kate kami budak AD xde keje tu ngan gam.. perghh.. *panas! haha... em tp xpe lah.. sabar.. hehe.. mungkin diorang xtau ape yang kite rasa.. perah otak untuk buat satu2 design.. then, lau idea tu direject, kiteorang kena pikir idea lain lagi.. n ada kawan ika tu.. lebih 5 kali kena reject.. perghhh.. sakit otak nk pikir idea.. tp, last2.. setelah penat brfikir agaknya... idea dia diterima.. n then, lecturer kiteorang banyak membantu..tp kesian juga... sorang lecturer, nk kena bg base idea kt 20 orang student dia..hihi.. Time kasih Puan,Sir ! jasa kamu akan kami kenang sampai akhir hayat kami.. :)

Then, sangat-sangat tension bila ika tengok keje-keje ika yang xsiap lagi...arghhh..tension! tension! ... Ya Allah... bantulah hambaMu yang lemah ini... :( aminnn...

dan... dan.. ini keje-keje ika yang belum siap lagi.... so, sape-sape yang baik hati nak tolong.. dipersilakan...hihi... *gurau je ler... :)



List keje saye... huhu...


Jadual Exam saye... alhamdulillah... dah lepas satu paper... horeeyy.. :)



SWOT analysis yang perlu dibaiki lagi... :(


My Canvas kesayangan..haha.. cepatlah siap... :(




Saturday, March 2, 2013

Time Kasih Ya Allah :)

Tika aku jatuh, kalian sudi hulurkan tangan untuk diri ini bangkit kembali..
Tika aku lemah tidak berdaya, kalianlah semangat untuk diri ini  kuat kembali..
Tika aku tersasar dari landasan, kalian sudi memimpin diri ini ke jalan yg sebenar..
Tika aku dihina, dicerca, kalian sentiasa ada di samping untuk menenagkan diri ini..
Tika aku buntu, kalian ada bersamaku mencari jalan keluar..
Tika aku dilanda masalah, kalian ada untuk mendengar setiap luahan yg terbit dr mulut ini..
Tika aku bersedih, kalian juga la yang membuat bibir ini mengukir senyum kembali..

Time kasih Ya Allah atas pemberian yg tidak ternilai dariMu kepadaku.... Kau telah berikan aku seorang ibu, bapa, akak, adik2 yang amat2 memahami aku... dan seorang teman yg tiada galang gantinya.. yang sentiasa ada tika aku memerlukan.. Segala jasa dan pengorbanan kalian tidak dapatku balas dengan wang ringgit. Ya Allah, kau panjangkanlah usia mereka, time lah segala amal mereka, Ya Allah, kau limpahkan lah rahmatMu kepada mereka dan bukakan segala segala pintu2 rezeki mereka.. Ya Allah, kau ampunilah segala dosa2 mereka dan kau terimalah segala amalan mereka.. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Mengasihani..

 My Lovely Famili

Awak lah kawan, Awak lah teman 
     Thanks syg!


 My Sweet Sista & Me
                           


Happy Besday Sayang! :)

Salam..
First,Ika nk ucap happy besday to En Azam Zain..yang ke 22..*da tua eh...hehe
ika doakan semoga abang panjang umur, murah rezeki dan berjaya dalam pelajaran...
ika doakan juga semoga abang jadi anak n insya'allah! suami yg soleh.. moga hubungan kita berkekalan..
saya sayang awak sangat! sangat3! heehee...

Moga awak terus berada dalam limpah kurniaanNya..